Sunday, February 9, 2014

Marketing Plan Sample - 5 Simple Steps to Market Any Business



Come Back!!!!!

Assalamualaikum.....

Lebih sethn hanna menyepi....kini hanna datang lagi....yayyy....
Past is past....Welcome a new year with a lot of stories and memories.....hoyeah.......
Lebih ceria gembira dengan duniamu...oh..ceria....hehehe....so today hanna nak bcerita tentang errrr...ape ye....haa.......yg berkaitan dgn keceriaan iaitu.....COLOURS....


MARI KITA SIHATKAN MINDA DENGAN KUASA WARNA

Pernahkah korang terfikir warna boleh mempengaruhi mood korang? Contohnya jika korang ingin kelihatan ceria, pemilihan warna yang terang membantu korang lebih segar dan bersemangat. Begitu juga sebaliknya. Penelitian yang dilakukan selama puluhan tahun mendapati warna memberi pengaruh yang besar terhadap persepsi dan emosi seseorang.

PUTIH  
Warna kegemaran hanna...hehe...
Warna yang bersih dan paling popular dalam bidang perubatan, namun warna ini mudah dicemari jika tidak dijaga dengan baik.

MERAH
Warna ini adalah kuasa dan mempunyai gelombang terpanjang dalam spectrum warna. Ia menggalakkan tindakbalas fizikal dan emosi menjadi kuat. Dengan melihat warna ini, ia boleh meningkatkan denyutan jantung dan kadar pernafasan. Warna ini juga boleh merangsang badan dan minda seseorang.

KUNING
Terlalu banyak warna kuning dipersekitaran boleh membuatkan seseorang itu merasa mual dan membawa kepada sakit kepala. Walaupun warna ini merupakan warna yang paling sukar untuk mata dan otak mentafsir namun Warna ini boleh membantu anda meningkatkan aktiviti mental dan tenaga otot. Gunakan warna ini pada buku nota atau tulisan untuk membantu meningkatkan tumpuan, menjadi lebih ceria dan optimistik.

BIRU
Haa...yang ni pun kaler feveret hanna..... ^.~
Warna yang dianggap tenang dan damai dan banyak digunakan di dalam bilik tidur kerana ia membantu otak menghasilkan bahan kimia yang memberi kesan menenangkan pada seseorang.
Dari sudut kesihatan, warna ini boleh mengurangkan metabolisme, denyutan lebih rendah, kadar pernafasan di bawah paras normal dan paling penting boleh menyekat selera makan anda.

KELABU
Warna yang dianggap menindas dan tiada kaitan dengan pengaruh psikologi seseorang. Walaupun ia dikaitkan dengan keyakinan diri dan kebebasan terutamanya seseorang yang terlibat dalam perniagaan, namun ia juga menyebabkan seseorang itu dalam keadaan murung.

COKLAT
Warna ini memberi memori yang kuat pada otak dan hubungan yang kuat antara alam dengan bumi. Malah ia adalah warna yang paling digemari di kalangan lelaki kerana kehangatan dan keselesaan. Selain itu, warna ini boleh membantu seseorang merasa lebih selesa dan selamat.

UNGU
Ia membangkitkan meditasi dan pemikiran yang mendalam pada orang-orang yang melihatnya. Digunakan sebagai simbol kekayaan dan kuasa.

MERAH JAMBU
Boleh memberi kesan yang menenangkan. Dianggap warna feminin dan dilabelkan sebagai warna romantik.

HIJAU
Warna yang paling mudah untuk mata dalam mewujudkan kesan yang menenangkan dan damai.

OREN 
Ia merupakan warna yang hangat dan bertenaga. Warna ini digunakan untuk menyembuhkan paru-paru dan membantu meningkatkan tenaga, aliran darah dan aktiviti mental dalam proses terapi.

So, korang pilih la warna-warna yang dapat membantu meningkatkan keyakinan and merangsang emosi korang untuk kekal aktif dan ceria......