Sunday, August 22, 2010

Pantang Betoi La..............

Suka menyampuk
Apabila mendengar sesuatu cerita, menjadi cepat bosan, hilang sabar dan suka menyampuk. Cerita tidak didengar dengan tekun.

Memerintah
Apabila memerlukan sesuatu, dia seakan-akan memberi perintah dan bukan suatu permintaan. Misalnya, ‘buka pintu’, ‘buat kopi’,’angkat kasut’ dan tidak bermula dengan pertanyaan yang lebih elok seperti ‘boleh tolong buatkan kopi…’ dan ‘tolong buka pintu tu…’.

Bergurau kasar
Gurauan yang kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut sekali gus memperkecilkan wanita apatah lagi jika menggunakan humour yang berbaur sexist. Apabila wanita menunjukkan rasa jengkel, lelaki marah pula dan berkata ‘gurau pun tak boleh.’

Cepat naik berang
Sifat lelaki yang cepat berang, suka mengutuk, mengkritik dan meninggikan suara membuat wanita berjauh hati. Lebih baik berkongsi pendapat dengan kaum wanita yang lebih memahami.

Cakap besar
Sikap lelaki yang suka ’syok sendiri’ membosankan. Bermegah-megah dengan pencapaian dan kebaikan diri seakan-akan dirinya sahaja yang paling baik.

Suka mengawal
Jika wanita datang dengan sesuatu masalah misalnya berselisih pendapat dengan teman, keluhan tidak didengar secara empati tetapi dengan cepat diberitahu apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana sesuatu patut dikatakan. Memberi huraian yang tidak dipinta.

Ego sebesar gajah
Sukar meminta maaf walaupun sedar akan kesilapan, sukar mengakui kesilapan dan tidak mahu meminta pertolongan. Tidak mahu merendahkan diri.

Tidak suka meluah emosi
Walaupun ada sesuatu yang mengganggu fikiran, lelaki lebih suka diam membatu lalu membuat wanita tertanya-tanya dan rasa terasing dan terabai.

Buat wanita rasa bersalah
Jika wanita menimbulkan sesuatu perkara yang menimbulkan perasaan kurang senang, lelaki menganggap wanita itulah yang bertanggungjawab membangkitkan perasaan negatif pada dirinya dan bukan terhadap perkara yang disebutkan itu.

Lokek beri pujian
Lelaki suka dipuji tetapi berat memberi pujian sama ada jika masakan sedap atau pakaian isteri yang cantik. Mereka seolah-olah tidak perasan sebarang perubahan. Buat penat masak sehari suntuk dan berdandan untuknya.

Pengotor
Tiada wanita yang tahan dengan lelaki bersifat pengotor sama ada dalam soal kebersihan diri atau yang suka mengotorkan ruang sekitaran.

Lupa hari-hari istimewa
Wanita yang bersifat nostalgik dan romantis memang senang diberi hadiah yang bermakna pada hari-hari istimewa. Lelaki yang ‘buat dek’ terhadap keinginan begini bersiap sedialah apabila cik adik merajuk.

Tidak tunjuk rasa kasih
Wanita ingin dibelai dan dimanjakan dan tentunya akan berasa tidak disayangi apabila lelaki bersifat seperti robot, tiada luahan kasih sayang dalam bentuk senyuman, gurauan, berkongsi masalah dan dakapan.
Sekiranya anda lelaki, peliharalah diri anda. Anda suka kepada si Dia, oleh itu, anda kenalah menunjukkan yang diri anda itu layak untuk dirinya. 

ALL THE BEST!

Sunday, July 25, 2010

Jiwang sebentar........

Hanya perlu seminit shj untuk menghancurkan hati seseorang,
sejam untuk menyukai seseorang,
sehari  untuk menyayangi seseorang,
seminggu untuk mencintai seseorang, tetapi
seumur hidup untuk melupakan seseorang.

Wednesday, July 21, 2010

kelahiran Muhammad Rafique Naufal

Dh lama sgt cik lala x up-date this blog......Now, cik lala nk share yg cik lala dh jd ucu....hehehe...Muhammad Rafique Naufal....dilahirkan pada tanggal 4hb July 2010...hehehe..... Ucu hope that rafique cpt sht tau..xmo kuning2....Ucu sntiasa doakan Rafique n ibu Rafique yg tgh berpntang 2 yer cpt cihat...ahaks..... Aminnn....

Friday, April 9, 2010

RAHSIA TUTTTTTTT......^_~ kihkhkih.....glerrrrrrr.......

Setiap owg ada personality yg tersendiri......Tapi haaaa...korg tau x daripada tutttttt pn kiter leh tau personality sesorg tu...kalo nk cari aweks or marka....tgk la msa 1st date 2 die tut cmner....celain itu kowg pn leh tgk diri kowg yg mna 1....pilih jgn x pilih.....hahahahahahahahahahaha......So, let's check it out....kuikuikui........

1. Orang TIDAK JUJUR
Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

2. Orang BENGONG
Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

3. Orang BERWAWASAN 2020
Orang yang tahu masa yang terbaik untuk kentut.

4. Orang SENGSARA
Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

5. Orang yang MISTERI
Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

6. Orang GUGUP
Orang yang tiba-tiba terkentut bila di sergah.

7. Orang yang YAKIN DGN DIRI SENDIRI
Orang yang melepaskan kentutnya dengan bunyi yang amat lantang

8. Orang SADIS
Orang yang kentut di dalam selimut ketika tido  terus
dikibaskan baunya.

9. Orang PEMALU
Orang yang kentut tidak bunyi tapi gusar orang terbau kentutnya.’

10. Orang yang STRATEGIK
Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dapat mendengar bunyi kentutnya.

11. Orang BODOH
Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti angin kentutnya yang sudah keluar.

12. Orang yang UNIK
Orang yang boleh mengeluarkan kentut apabila di suruh

13. Orang SOMBONG
Orang yang sering  bercerita akan keharuman kentutnya. Konon-konon bangga la tu....

14. Orang RAMAH
Orang yang tidak kisah tercium kentut orang lain.

15. Orang yang tidak senang BERSOSIAL
Orang yang suka kentut bila berkumpul dengan teman-teman.

16. Orang AKUATIK
Orang yang gemar kentut di dalam air

17. Orang ATLETIK
Orang yang kentut sambil berlari

18. Orang JUJUR
Orang yang mengaku kalau habis kentut

19. Orang PINTAR
Orang yang boleh menghurai kandungan bau kentut orang lain seperti bau telur atau buah durian.

20. Orang KELAKAR
Orang yang bila ketawa sambil kentut

21. Orang yang ROMANTIK
Orang yang kentut bunyinya mendayu dan berirama merdu ketika sedang berdating

22. Orang yang TIDAK SIHAT
Orang yang bila batuk dia akan terkentut

23. Orang yang PANAS BARAN
Orang yang mudah marah bila terbau kentut walaupun kentutnya sendiri

24. Orang yang PELUPA
Orang yang tertanya-tanya bila terbau kentut padahal dia
sendiri yang kentut
  
AMARAN: This is for fun only! kihkihkihkih ^_~

Tuesday, March 30, 2010

Happy Birthday MUM...............

Tiada suara semerdu suara seorang ibu mendodoikan anaknya......
Tiada tangan yang selembut belaian seorang ibu....
Tiada cinta sedalam cinta ibu terhadap anaknya....
Tiada senyuman semanis senyuman seorang ibu.....
Tiada kata yang lebih bernilai daripada kata-kata seorang ibu kepada anaknya.....
Tiada bantal yang seempuk lengannya seorang ibu......
Tiada harga yang bisa seorang anak mampu untuk membalas jasa ibunya.....
Hanya doa buat ibu yang bisa ku ucapkan......
Semoga ibu mendapat kebahgiaan di dunia dan di akhirat.....
Aminnnnn....
Selamat Hari Lahir buat ibuku tercinta Azizah Binti Ali.....
Anakmu ini akan pulang xlama lagi...
I Miss u so much...Muaaahhhhhh.....
I love u so muchhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh MUM.......




Mari kite mengira............ Nak tau x?????? ^_~


Kawan2 cetelah cekian lamer kiter x menekan calculator....apekta kiter men kire2 lak.....cape pndai matematik leh join...cape x pndai leh blaja kire2 ek...1,2,3,4,5,6,7,8,9,10....wah pndainyer kire.....hehehehe...ok la kali ni pas dh tau kire2...jom la kiter tau lak acane kite pnyer personaliti melalui tarikh lahir kiter...haaaaaaa....msing2 ingt x tarikh lahir kowg.....ish3...ader yg luper?? kalo lupe g tgk dam ic tarikh lahir 2.....pastu kire ikut cam contoh 2 tau.......hehehehe...pastu tgk la ape kowg pnyer no bertuah...^_^....itu la personaliti u ollsss...kikihkihkih...... 


Contoh:
18 November 1988
18+ 11 + 1988 = 2017
 2 + 0 + 1 + 7 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)


Keterangan nombor lahir


1. Ketulenan
- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.


2. Pendamai
- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian.
-Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.


3. Ceria
- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
- Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.


4. Konservatif
- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.


5. Perintis
- Mereka adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.


6. Romantik
- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.


7. Intelektual
-Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. -
Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.


8. Penyelesaian
- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.


9. Pelakon
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.


Celamat mengira dah......jadi.....
Renung2 kn and celamat beramal........can cin cau.....^_^




Saturday, March 27, 2010

Si Anak Yg Blurr.......Akhirnya temui jawapan.......^_^

Suatu ketika ada seorang anak perempuan yg comel bertanya kepada ayahnya,tatkala tanpa sengaja ia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut,dengan badannya yang mulai membongkok, disertai suara batuknya.

Anak perempuan itu bertanya kepada ayahnya, : "ayah, kenapa wajah ayah kian berkerut dan badan ayah kian hari kiat membongkok?? ?"
demikian pertanyaannya ketika ayahnya sedang santai di beranda, Si ayah menjawab " Kerana aku lelaki "

anak perempuan itu berkata sendirian " aku tidak faham" dengan berkerut kening kerana jawapan ayahnya membuat hatinya bingung dan tidak mengerti.
Ayah hanya tersenyum, dipeluk dan dibelainya rambut anaknya sambil menepuk bahunya dan berkata "Anakku kamu memang belum mengerti tentang lelaki ". Demikian bisik sang ayah yang membuat anaknya bertambah bingung.

Kerana perasaan ingin tahu dan ia mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya
"Ibu, mengapa wajah ayah kian berkerut dan badan ayah kian hari kian membongkok? dan seperti ayah mengalaminya tanpa ada keluhan atau rasa sakit ???"
Ibunya menjawab "Anakku, jika memang seorang lelaki bertanggung jawab terhadap keluarga itu memang akan berlaku ". hanya itu jawapan si ibu dan anak itupun kemudian membesar dan menjadi seorang dewasa, tapi ia tetap masih mencari-cari jawapan, kenapa wajah ayahnya yang tampan berubah menjadi berkerut dan badannya membongkok??

Hingga suatu malam ia bermimpi, dan didalam mimpinya ia seolah-olah mendengar suara yg lembut dan kata-katanya terdengar dengan jelas, itu ternyata jawapan setiap pertanyaannya selama ini yang selalu ia cari.

" Saat kuciptakan lelaki, AKU membuatnya sebagai pemimpin keluarga, serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga tersebut, dan ia sentiasa akan berusaha menahan setiap ujungnya agar keluarganya sentiasa merasa aman, teduh dan terlindungi. "

"Kuciptakan bahunya yg kuat dan berotot untuk membanting tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat untuk melindungi seluruh keluarganya. "

"Kuberi kemahuan kepadanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yg berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, walaupun seringkali ia mendapat cercaan dari anak-anaknya, "

"Kuberikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya ia merelakan kulitnya disengat panasnya matahari, demi keluarganya ia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan kerana tersiram hujan dan terhembus angin, ia relakan tenaga perkasanya demi keluarganya dan yang selalu dia ingat
adalah disaat semua keluarganya menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil jerih payahnya."

"Kuberikan kesabaran,ketekunan dan kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa ada keluh kesah. walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan seringkali menerpanya."

"Kuberikan perasaan kuat dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun, walaupun sering kali anak-anaknya melukai perasaan dan hatinya."

"Padahal perasaannya itu pulalah yang telah memberikan rasa aman disaat anak-anaknya tertidur lelap, serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anaknya agar selalu saling mengasihi dan menyayangi sesama saudara."

"Kuberikan kebijaksanaan dan kemampuan kepadanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran kepada anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, bahkan seringkali ditentang dan ditolak oleh anak-anaknya. "

"Kuberikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan kesedaran bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang selalu menemani dan bersama-sama menjalani perjalanan hidup baik suka maupun
duka,
walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri,agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi dan saling mengasihi."

"Kuberikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahwa lelaki itu sentiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang bongkok agar dapat membuktikan, bahwa sebagai lelaki
yang bertanggung jawab terhadap seluruh keluarganya, sentiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga dan segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kehidupan keluarganya. "

"Kuberikan kepada lelaki tanggung jawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga, agar dapat dipergunakan sebaik-baiknya, dan hanya inilah kelebihan yang hanya dimiliki oleh lelaki.
walaupun sebenarnya amanah ini untuk di dunia dan di akhirat."

Terkejut anak dari tidurnya dan segera ia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh,setelah itu ia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya.
"AKU MENDENGAR DAN MERASAKAN BEBANMU, AYAH" 


"Ketika ayah masih hidup jangan sia-siakannya dan sentiasa membuat hatinya tersenyum dan gembira. Bila ayah telah tiada jangan putuskan tali silaturahim yang telah dirintisnya, dan doakan agar TUHAN selalu menjaganya dengan sebaik-baiknya ."

p/s: Cerita ini hanya untuk bacaan and penghayatan...tiada kaitan antara yg hidup mahupun yg telah pergi.. Cekian...^_~



Thursday, March 25, 2010

Rahsia Warna Kegemaran Wanita

opsss jgn xnk tau yer....ini cilita mau bikin hot pnye...mau tau ini 1 lacia ka????ha...mali mali mali baca ini lacia....dtg jauh pnyer.....dr caler2 u boleh tau ini polumpoan pnyer lacia lor.....mali mali dkt sni baca2 ma...... ^_~


 

Buat pbaca cemua, kali ni kita lihat apakah lahsia warne kegemaran wanita. Kita cuba kaji cama ada apa yg dkatakan oleh pengkaji bahawe wanita dapat dinilai perwatakannya melalui warna kecukaannyer...dui bu dui? mali2 lihat2...huhuhu....

Ok di cini, dicebut cerba ringkas tentang wanita, warna dan tafsiran perwatakannyer.


MERAH/RED
Berani, emosional, tegas tamak, tahan melarat dan suka bersenang-senang.

BIRU/BLUE
Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka berterus-terang, jujur, cekap, memberi maaf dan tegas.

HIJAU/GREEN
Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot.

HITAM/BLACK
Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi cepat tersinggung.

COKLAT/BROWN
Kaya dengan sifat keibuan, suka merenadh diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.

UNGU/PURPLE
Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.

KELABU/GRAY
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka bekorban peranan cerdas dan bijak.

KUNING/YELLOW
Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran.

PUTIH/WHITE (x leh bubuh warna putih...nanti tk npk pula pkataan putih tu yer..huhuhu..harap maklum..tututut....)
Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur,rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.

So...mana satu feveret color anda. Kalau i, i lebih suka putih & biru. Hemm...rs ada cikit btl lo tp tk seratus peratus. Mcm mana pula dgn u olls???

Enjoyyyyyyy!!!! ^_^


Thursday, March 18, 2010

Fashion & style......^_~



CEBENARNYE.......KITER XDER APE NK SHARE......IDEA SUMER DH ILANG......DH KNA KIDNAP KOT.....HEHEHE...SO, PK PNYER PK PNYER PK N PK LG....ALIH2.....KITER BLEH LETAK MANYAK2 GMBO YG TOMEI2 NI JER......HEHEHEHE......
RENUNG-RENUNGKAN N CELAMAT BERAMAL.........
.^_~


 

Wednesday, March 17, 2010

Heliza......... Panggil Namaku....

Lirik Lagu Panggil Namaku - Heliza

Heliza AF


Kalau kau sedang kecewa

Atau hatimu berduka
Kau perlu teman di sisi
Tuk mencurahkan hati
Segala semua kekesalanmu

Panggil namaku

Aku kan datang
Sahabat di suka dan duka

Lupakanlah sejenak

Segala beban problema
Kita nikmati kebersamaan
Hapuskan semua duka
Ketawalah gembira
Bersama teman curahkan rasa

Kalau kau ingin mengadu

Bilapun kau perlu aku
Ku selalu ada disini
Tuk mencurahkan hati
Segala semua kekesalanmu

Panggil namaku

Aku kan datang
Sahabat di suka dan duka

Lupakanlah sejenak

Segala beban problema
Kita nikmati kebersamaan
Hapuskan semua duka
Ketawalah gembira
Bersama teman curahkan rasa

Lupakanlah sejenak

Segala beban problema
Kita nikmati kebersamaan
Hapuskan semua duka
Ketawalah gembira
Bersama teman curahkan rasa

Lupakanlah sejenak

Segala beban problema
Kita nikmati kebersamaan
Hapuskan semua duka
Ketawalah gembira
Bersama teman curahkan rasa

Thursday, March 11, 2010

Nasi Goreng Pattaya yang Cedap.....

 Huhuhuhu....tadi pas alik kelas QMT...cik lala n kawan2 pulang dgn menaiki bus......sesmpai je kt FC Angsana....cik lala berpikir nk mkn ape la arini ek... Huhuhu...Hm..pk pnye pk pnye pk pnye pk n pk...cik lala pn decide nk mkn nasi Goreng Pataya...Wow...dh lama brape ari x mkn nasi nih...huhuu...pastu cik lala pn order n pulang ke bilik untuk menjamu selera setelah perut nih kasi signal...hhuhu.....jd....dgn lafaz Bismillahi Rahmani Rahim.......ngaaapp.......=p

Kepada yg berasa teringin nk mkn Nasi Goreng Pataya...Try La resipi nih k...

Nasi Goreng Pataya
Hidangan : 1-2 orang


Bahan-bahan :


Sepinggan nasi yang dimasak tidak terlalu lembik
2 sudu besar minyak masak
1 biji bawang merah besar + 3 ulas bawang putih diblend
1 mangkuk kecil isi ayam
2 tangkai sawi, dipotong sederhana
3 tangkai cili padi diketuk
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil kicap sotong
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
2 biji telur ayam
Garam & gula secukup rasa

Cara-cara :

1.Panaskan minyak
2.Tumis bawang yang diblend hingga naik bau
3.Masukkan isi ayam, kacau hingga masak
4.Masukkan sos tiram
5.Masukkan garam & gula secukup rasa
6.Masukkan sawi & cili padi
7.Masukkan nasi
8.Taburkan serbuk lada hitam & kacau hingga sebati
9.Angkat

Proses membungkus nasi dengan telur:


1.Gunakan kuali berasingan dari kuali yang diguna untuk menggoreng nasi.
2.Panaskan kuali dan masukkan 2 sudu besar minyak masak
3.Ratakan minyak hingga keseluruh permukaan kuali
4.Bila minyak betul-betul panas, masukkan telur yang telah dikepuk secara berpusingan bermula dari atas hingga ke tengah kuali. Pastikan telur rata dan menipis di dalam kuali. Proses ini mengambil masa yang amat singkat.
5.Masukkan nasi yang digoreng tadi ke bahagian tengah telur yang masih memanas
di dalam kuali.
6. Hujung telur dilipat menjadi 4 penjuru. Proses ini sama seperti yang anda lihat orang buat murtabak.
7. Ambil pinggan kosong, telungkupkan di atas telur dan terbalikkan kuali dan sambut nasi goreng yang berbungkus nasi secara berhati-hati.

Camat mencuba ^_^

Wednesday, March 10, 2010

CEdey...CEdeY...Cedey...Kehilangan......



Ase cm nk nangis je........
huaaaaaaawawahuaawawawa.........
T_T  
nape dgn arini ni......rasa cm pening2 lalat jer....cumer benda cm x betul...pastu terkezut lak dgn buku
"MIS" ilang ttiba......oh...tidak...dugaan apakah ini.....sedeynye...dh la antara byk2 buku, buku 2 la paling mahal n paling tebal utk sem nih......Cedeynye....dan lg dh la buku 2 aku dh highlight mcam2 kaler.....sedey x terhingga nih........xkeruan jadinye........
huhuhuhuhuhuhuwaaaaaaaaaa........ Pastu lg cedey cebab
Msuk kali ni dh 2x dh buku 2 ilang......Asal la jadi cmni....Otak aku ni knp....ade problem ke.....asyik2 lupe..asyik2 lupe......yg xtahannye aku bwu pat kecan kehilangannye arini....kire2 darab tolak tmbah bahagi kuasa 2 dh kat ceminggu ilang....sadis tul....huhuhuhu.......cedey2 cangat.....ape la nasib aku....llg apa la hikmahnye agaknye nih.......dok pikir pocitip je nih supaya leh pujuk ati nih.....
huhuhuhuhuwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....
cedey jugak nih......T_T....

Monday, March 8, 2010

Da Secret of Pillow........^_-


Hehehehe...Cekarang kiter nk Share lak Dgn Korang Da secret of Pillow..... Korg kalo nk tau bace la ape lg......So, read n enjoy urself, dun be stress2,......=p




1) Memeluk Bantal,haaa ni musti ramei yg jenis ni nih...Mari kite tgk camnekah mereka ini...hehe..termsuk la den...

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa
seni. Mereka
mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap
lukisan, muzik dan sastera.
Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
Kadangkala ada yang
boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui
mimpi. Mereka
juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.


2) Menggunakan Banyak Bantal - haaa..dowg ni kaya sgt nmpknye dgn bantal...ptut la bantal2 di pasaran 2 laku.. Korg2 yg nk bli bantal tp stock dh abis korg mntk la kt dowg2 nih k....hehehe.....


Mereka biasanya kurang keyakinan. Dalam
kehidupan seharian
mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka
jarang membuat
keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan
pandangan orang lain.




3) Tidur Dengan Satu Bantal- haa...dowg ni bgs...jimat...1 bantal pn dh ckup..xyah bli bantal byk2....bg 1 bantal je dh berdengkur dh nih...=p

Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh
menerima keadaan
seadanya. Mereka juga membuat keputusan
berdasarkan fikiran dan
bukan nafsu semata-mata. hehehe...Bgs..bgs..bgs..




4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki- ish...ish..ish...owg bli bantal letak kt kpale..nih bli bantal ltak kt kaki lak..pelik2...atenye deme tdo x berbantei ke.....x ptut..xptut...

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang
bergaul dgn
org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini
menyebabkan mereka
cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar
menempuh jalan pintas
untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.



5) Tidur tanpa Bantal - hmmm..yg ni lak xde bantal pn leh tdo.... aik...mknanye dowg ni xyah la bli bantal trus...kn jimat tu..tul x....bgs btl dowg ni cut cost....=p

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat
tinggi.
Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan
membawa kepada
sifat ego.



6) Tidak punya bantal - alamak xder bantal la plak....haaa....

hehe.kecian tul... pegi la kedai beli satu....
kedai bantal kekabu byk...kt Tesco pn ader...ape lg....jum la...=p

SEDAR LAH SEBELUM TERLAMBAT.............^_^

Renung-renungkanlah sebelum ianya benar-benar terjadi.... 
I just want to share with u all......also to remind myself supaya jgn alpa...think...

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ...ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu
Bila takut... yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu


Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu...Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu!"
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu


Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Ibu
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...
aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu ..... aku ingat pasanganku
Selalu... Ibu ingat kat aku
Bila..bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. ...aku nak talipon Ibu
Selalu ...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku


Renungkan:

Jadi, janganlah sesekali kta lupa ibu kita dan janganlah kita ingkar dengan ibu kerana syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

 Ini hanyalah sebagai peringatan.....agar kita sedar.

p/s : tiada kaitan antara yg masih hidup mahupun yang telah tiada..

Friday, March 5, 2010

Apabila KAMI turun MELAKA.....

Hahahaha...Beginilah citernye apabila minah2 ni turun MELAKA.....Apakah perkara pertama yg dalam pmikiran MEREKA ini??????siapa tahu sila kemukakan...Haaa....Kalo nk tau...perkara pertama  in their mind is JONGKER WALK!!!!!!!! HAiya zheme gui....Pianyi dianr....HAhahaha...Abis la nyonya2  n apek2 kat JONGKER WALK 2 bila KAMI turun!!! Apa tidaknye....tawar-menawar (bukan tepung tawar ye.....) bkn main dasattttttt lagi....tp belinya TIDAK!! Hahahaha... Actually ktowg nih bkn ape, nk practise make perfect je...Almaklum la seminggu selepas ktorg balik dr MELAKA adalah HUAYU TEST! So, at JONGKER WALK la ktorg mengaplikasikan pembelajaran ktorg....HAAA..tgk begitu tekunnya KAMI ini tau...Di mana2 aje ktorg bleh blaja n praktik....KIhkihkih.....So, enjoy x ktorg blaja?? sila dptkn tips2 pmbelajaran ini di muka surat sebelah.... ^_-    acah je...=p