Thursday, October 11, 2012

Black & Malique - Teman Pengganti [OFFICIAL VIDEO]




Awk.....awk tau x skrg awk dh lain sgt2.....sya pendam aje...Tapi sya ni mnusia je awk....sampai bler sya bleh tahan perasaan ni...Awk byk soalan yg sya nak jawapan dr awk tapi sya xbleh luahkan bler depan awk sbb sya tau awk xkan jawab soalan2 sya....sya tahu kedudukan sya dalam ati awk..sya bukan sape2....sbb awk xpnh ckp pape pd sya......

Awk soalan2 ni sume sya perlukan jawapan dr awk....Kalo la awk bole jwb....hmmm...

1. Awk knp dulu sume pkra awk share dgn sya tp skrg sumenye rahsia?
2. Awk ape yg sbnrnye terjadi yg buat awk berubah tiba2?
3. Awk sape sbnrnya sya dlm ati awk?
4. Kalo sya hanya kwn biasa knp awk lyn sya lbh dr itu?
5. Awk...knp awk layan sy cmni? Apa salah sya awk?
6. Awk knp tetiba awk berubah?
7. Awk sya xnk awk jauh dr sya tp kalo btl awk ada org lain knp awk masih xlepaskan sya?
8. Awk tau perasaan n emosi perempuan cmne tp knp awk selalu xjga emosi n perasaan sya?
9. Awk....sbb awk sya menangis sbb awk sya tutup ati sya pada org lain.... Awk knp awk snggup tnggalkan sya sebelum awk carikan sya pengganti?
10. Awk...btl... dulu sya xde perasaan apa2 pd awk tp bler awk da xada skrg sya sepi, sya xde tmpt mengadu. Baru sy tau sy syg awk sbnrnya..Awk knp biarkan sya jadi cmni?
11. Awk...pengisi hati awk tu cmne ya? kalo pengganti sya tu lebih baik,cantik,mulia n dapat jga awk lebih dr sya jga awk....sya redha.....sbb bler kita sygkan seseorang kta akan biarkan dia bahagia....btul x awk? Awk berbahagialah awk...... =) Mungkin kta tak ditakdirkan bersama.. Cuma sya berdoa sgt supaya sya dpt pengganti yg mirip awk..........Aminnn......

p/s buat awk....tp awk... kalolah Allah izinkan sya dpt hidup dgn awk walaupun utk seketika...indahnya hidup sya.....1 hadiah je yg sya pinta dr awk....seorg zuriat yg comel mcm awk yg dpt jga sya utk awk.....^^.


Sunday, September 23, 2012

INIKAH CINTA?

Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur?, ketika kita menangis?, dan ketika kita membayangkan??

Itu karena hal terindah di dunia ini TIDAK TERLIHAT...

Ketika kita menemukan seseorang yang keunikannya SEJALAN dengan kita. Kita bergabung dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan serupa yang dinamakan CINTA. 

Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan. Orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan. Tapi ingatlah, melepaskan BUKAN akhir dari dunia, melainkan awal suatu kehidupan baru.

Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang tersakiti, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencoba. 

Karena MEREKALAH yang bisa menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka.

CINTA yang AGUNG adalah ketika kita meneteskan air mata dan MASIH peduli terhadapnya, 

Adalah ketika dia tidak mempedulikan kita dan kita masih menunggunya dengan setia, 

Adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kita masih bisa tersenyum sembari berkata "Aku turut berbahagia untukmu"

Apabila cinta tak berhasil BEBASKANLAH dirimu, biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas LAGI.

Ingatlah, bahwa kita mungkin menemukan cinta dan kehilangannya. tapi ketika cinta itu mati, kita TIDAK perlu mati bersamanya.. 

Kerana Cinta Illahi lebih hakiki!!!!


Friday, September 14, 2012

Berubahlah.....


♥ JARAK INI MENJAGA AKU DAN DIA ♥

Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..


i need you

Memang SAKIT..ketika kita BERHARAP seseorang menemani hidup kita tetapi TAKDIR berkata lain..hanya meninggalkan rasa SAKIT dan pedih..akan tetapi PERCAYALAH, hal itu sesuatu yang TERBAIK dari Allah..kerana sudah jelas, segala kehidupan, PILIHAN..di tentukan oleh yang MAHA KUASA..

Jangan pernah menangis, akibat orang yang kita HARAPKAN tidak selamanya bersama kita..namun MENANGISLAH saat kita lupa pada yang Maha Kuasa, segala kesusahah akan HILANG pada waktunya dan akan menimbulkan KEINDAHAN kelak, percayalah pada KebesaranNya..bahawa Allah Maha Tahu, mana yang terbaik untuk hamba-hambaNya..bahagia BUKAN berada dihujung jalan, tetapi di sepanjang jalan..~

> Seringkali, KECEWA itu hadir..mungkin atau memang kerana kita menaruh harapan BESAR pada manusia, bukan pula pada Allah.. ♥♥

Rupanya LEBIH BERAT menanggung AIR MATA di hati berbanding MENGESAT air mata di pipi..♥



Thursday, September 13, 2012

Rahsia Takdir Tuhan

Menyingkap tirai hati meminta keampunan
Dibawah rahmatMu ya Allah aku memohon
Gerakkan hati ini dalam menentukan jalan yang pasti
Jika dia berhak untukku satukan hatinya dgn hatiku
Jika dia tidak berhak untukku hindarkan dari perasaan yang membelenggu.

Dulu kita bertemu,
Tapi xsekalipun kita bersapa,
Setelah bertahun berlalu,
Kita berkenalan,
Dari situ ku hanya ingin berteman biasa,
Kita berteman mesra tanpa sebarang rasa,
Hanya berkongsi suka duka bersama-sama,
Kini,
Setahun lamanya usia kita,
Aku dan kau mula selesa bersama,
Tetapi secara tiba-tiba,
Kau mulai jauh,
Jauh tinggalkan aku keliru termangu,
Kenapa tiba-tiba kau begitu,
Aku tenang menyapa,
Namun hati mula gundah gulana,
Kerana bila kau tiada aku rasa hilang tempat bermanja,
Tempat meluah rasa,
Adakah ini takdirnya?
Yang kau hanya singgah seketika
Untuk mengajar aku bahwa hidup pasti derita?
Dan bahagia hanya menyapa untuk seketika?
Cekalkan hati,
Berserah diri,
Pada Illahi,
Itu aku pasti,
Kerana hanya takdirMu yg menghuni hati,
Biar makan hati,
Tapi bahagia menanti,
Kerna ku pasti,
Menantimu sahabat sejati,
Hingga aku mati.

by: Hanna Laila <3 font="font">


Saya tak kisah la.....



BUKAN darjat, kecantikan dan kekayaan menjadi KEUTAMAAN dalam mencari pasangan. Biarlah pasangan yang dicari itu mempunyai agama yang secukupnya untuk landasan hidup kita yang panjang. Usah gusar. Usah gundah-gulana sekiranya melihat teman mempunyai teman istimewa. Percayalah.. JODOH di tangan-Nya.Sememangnya DIA tidak pernah mengecewakan hamba-Nya. 

Wahai imamku...Jika kamu takut kamu xmampu untuk  menjaga saya...jangan risau.. percayalah pada Allah sebab Dia mampu menjaga saya untuk kamu.... =)

Sunday, May 13, 2012

JODOH DAN TAKDIR..♥.mp4



Ya Allah...Jika dia benar untukku,,
Dekatkanlah hatinya dgn hatiku..
Jika dia bukan milikku..
Damaikanlah hatiku Dengan ketentuanMu..
Ya Allah...
Limpahkanlah nur kasihMu bila jiwaku terasa pilu..
Kukuhkanlah kepasrahan hatiku bila keinginanku tidak menyamai taqdirMu..


Doa buat pasangan yang bercinta



Yang tak bercinta pun boleh berdoa jugak untuk dapat jodoh yang baik...InsyaAllah...=)

Saturday, April 14, 2012

RUSUK YANG BENGKOK...ITULAH WANITA

Ya..SILAPNYA SEORANG WANITA ialah :

✿~ bila dia percaya, maka dia TERLALU PERCAYA..
✿~ bila dia menyayangi, maka dia MENYAYANGI SEPENUH HATI..
✿~ bila dia memberi, maka dia BERIKAN SEGALA-GALANYA..

Kerana itulah, apabila BERHADAPAN dengan SEORANG LELAKI..wanita perlu lebih BERHATI-HATI, janji manis di bibir itu..mungkin menjadi SEMBILU yang akan MENGHIRIS HATI bertahun lamanya, impian dan harapan indah itu..mungkin menjadi selumbar yang MELUKAKAN..makanya, SELAGI BELUM PASTI..jangan memberi sepenuh hati, selagi belum memiliki dan dimiliki SECARA HALAL dan SAH..JANGAN MEMBERI segala-galanya, bila kita terlalu mudah memberi..maka kelak nanti kita akan SANGAT SUKAR MELEPAS PERGI....

p/s : Wahai wanita yang disayangi..dirimu amat MULIA, maka..untuk dapat merasakan BAHAGIA hadir di sisi, kamu perlu LEBIH TABAH dan BERHATI-HATI dengan dugaan di sekelilingmu kerana sekeras mana pun hatimu, sekasar mana pun kelakuanmu, tetapi hatimu itu amat lemah....hanya imam yg dapat membantumu wahai wanita....♥♥

Friday, February 17, 2012

Misterinya Jodoh Kita....

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ianya berada tidak jauh dari kita. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.


2. Jodoh itu ketentuan Allah Dan Kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul Dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan kita


3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga kita bertemu jodoh.


4. Seimbangkan hidup kita dengan sempurna agar diri kita jadi seperti magnet? Yang menarik bakal pasangan kita kepada kita.


5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati kita daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.


6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat Taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah Dan berfikiran positif.


7. Sayangi semua orang di sekitar kita Dan kita akan menarik sayang terhadap kita. Jika kita membenci orang,ditakuti bakal pasangan kita akan membenci kita.


8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, Kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.


9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, Wajah Dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan kita.


10. Buka hati Dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah
datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.


11. Cinta datang melalui Mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan Hubungan Mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih Sayang.


12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang Dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini Secara berterusan hingga berjaya.


13. Ramai yang terlepas peluang Dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu Menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).


14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk Berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa
merasakan mereka yang memulakan perkenalan Walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.


15. Berkomunikasi dengan mesra Dan bersemangat menggunakan lidah, Mata, hati Dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan Terhadap bakal pasangan.


16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan Kepada minat Dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri Sendiri.


17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru Berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.


18. Makin mudah Kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada Kita.


19. Berdoa Dan latih diri agar Kita pandai mendampingi orang lain Dan Seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang Menyebabkan orang benci kepada Kita.


20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih Ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau Tidak tertarik kepada Kita. Justeru buang
semua benci.


21. Untuk wanita, jangan jual Mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, Nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan Dengan lelaki lain.


22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, Tidak materialistik, mudah berterima kasih Dan redha dengan setiap pemberian Lelaki tersebut.


23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi Perhatian, penghargaan Dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki Janganlah terlalu jimat atau kedekut.


24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. Perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan Dan kebenciannya.


25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan Dan kesilapan kecil yang Ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal Pasangan.


26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan Dan bahasa badan yang penuh Kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.


27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang Ada persamaan Dan Ada perbezaan sifat, tindakan Dan minat. Terlalu banyak persamaan Membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.


28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang Ada sikap Dan Sifat yang saling mengimbangi Dan
melengkapkan sikap Dan sifatnya.


29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang Anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.


30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual Dan bercakap. Lelaki Bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.


31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai Persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, Sikap terhadap harta, Wang Dan hobi.


32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka Kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.


33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda.Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.


34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa? sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.


35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan ? tahap keakraban,
kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.


36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri
tersebut.


37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.


38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang
semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.


39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.


40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.


41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa
istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.


42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.


43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.


44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.


45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.


46. Cari keunikan, kelucuan atau ?kegilaan? bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebabkeunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.


47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suamiterlalu handsome. Justeru, cari bakal pasanganyang setara dan sepadan dengan kita.


48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.


49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman ? bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.


50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.


51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.


52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.


53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.


54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.


55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.


56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.


57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.


58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.


59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana
yang tenang. Doakan dia dan beri masa Untukdia merawat dirinya sendiri.


60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas Dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci Dan Banyak yang tersirat.


ADA banyak perkara yang perlu anda pertimbangkan dalam hubungan anda sebagai pasangan kekasih kerana ia akan mempengaruhi masa depan kehidupan anda bersama.
Perkahwinan bukan sekadar berpandukan kepada cinta semata-mata. Jika cinta yang dijadikan asas, besar kemungkinan perkahwinan yang didirikan berhadapan dengan pelbagai masalah.
Pandangan keluarga, perancangan masa depan, persamaan dan perbezaan antara anda dan teman perlu dibincangkan bersama sebelum anda mencapai kata sepakat untuk mendirikan rumah tangga.
Bak kata orang, perkahwinan bukan sekadar anda dan pasangan, sebaliknya ia membabitkan banyak pihak dan isu. Ketika bercinta semuanya indah, tetapi apabila sudah melangkah ke alam perkahwinan barulah tampak kepincangan masing-masing.
Tanpa perbincangan, anda akan mengalami pelbagai masalah kelak, justeru tetapkan hala tuju anda dan pasangan sebelum mengambil langkah lebih serius. Persoalan berikut mungkin boleh dijadikan pertimbangan.
Pengalaman ketika kecil ketika bersama keluarga.
Apakah pengalaman duka masa kanak-kanak akan menjejaskan perkahwinan anda?
Kasih sayang daripada ibu bapa.
Apakah ibu bapa anda mesra, mengambil berat dan penyayang atau adakah mereka sering berselisih faham?
Latar belakang agama.
Adakah anda seorang yang beriman dan bertakwa?
Pendidikan.
Apakah anda dan pasangan memiliki taraf pendidikan yang sama? Apakah anda berasa tergugat jika pasangan anda memiliki taraf pendidikan yang lebih tinggi? Apakah anda bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran?
Latar belakang budaya dan sosioekonomi.
Bandingkan latar belakang masing-masing – lebih besar perbezaan antaranya maka lebih besarlah kemungkinan wujudnya masalah berkaitan adat resam, kehidupan berkeluarga, harapan tradisi dan sebagainya.
Kepintaran.
Apakah anda lebih pintar daripada pasangan anda atau sebaliknya? Apakah ini mungkin mencetuskan rasa iri hati?
Hubungan dengan mentua.
Apakah pandangan saudara mara anda mengenai calon pilihan anda dan bagaimana hubungan anda dengan mentua?
Sikap dari segi kewangan.
Apakah anda akan berbincang mengenai cara menguruskan kewangan selepas berkahwin?
Bilangan anak.
Apakah anda dan pasangan bercanggah pendapat mengenai bilangan anak dan perancangan keluarga? Apakah anda berbincang mengenai tanggungjawab sebagai ibu bapa dan cara membesarkan anak?
Masalah seksual.
Apakah perasaan anda dan pasangan terhadap kemampuan seksual masing-masing? Anda berdua patut menjalani pemeriksaan fizikal dan khidmat kaunseling bagi memastikan tiada masalah seksual.
Pemilih tempat tinggal.
Di manakah anda berdua akan tinggal selepas berkahwin – di rumah sendiri atau mentua. Jika memilih untuk tinggal di rumah mentua dapatkah anda menyesuaikan diri dengan mereka?
Anda Bersedia Untuk Menjadi Ibu Bapa?
Dalam perkahwinan, pasangan biasanya akan merancang untuk mempunyai anak. Perkara ini wajar dibincangkan ketika anda merancang untuk berkahwin. Ada banyak persoalan yang perlu dijawab terlebih dulu. Adakah anda benar-benar mahukan anak? Berapa ramai? Bila? Anda dan pasangan wajar membincangkan tahap persediaan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu bapa, juga sama ada anak akan melengkapi kehidupan berkeluarga serta beban kewangan yang bakal dihadapi.


Sekadar renungan bersama.Semoga kita bertemu jodoh yang terbaik dari-Nya....Aminn...

Sunday, February 5, 2012

Yuna - Terukir Di Bintang (Unofficial MTV With Lyrics)



This song very classic...it touch my heart...hehehe 6.6 so sweet...







Sunday, January 29, 2012

Majlis Perkahwinan Imam Muda Ammar dan Nur Fazlien Al-Ain (Skuad Imam Mu...



Semoga Kekal Bahagia Hingga Ke Syurga Cinta....

Saturday, January 28, 2012

Tuhan berikan aku cinta-ayushita[lyrics]



Aku setia menanti Syurga CintaMu....

Jika Hati Jatuh Cinta



Hanya Engkau Maha Mengetahui yg terbaik......=)