Tuesday, August 23, 2011

Terapi warna

Anda merasa tubuh kurang selesa? Bukan hanya tubuh, tetapi hati dan perasaan pun tidak selesa?
Ha itu kalo korang nk tau ianye ade 'link' dgn 'mood' korang. Tubuh korang tak sakit, tapi tak rasa nk wat sesuatu pun. Jangan la pk korang ade penyakit pulak, maybe tubuh korang hanya kekurangan unsur warna je.
Actually, warna, sejak zaman Mesir Kuno memang dah dipercayai mempunyai pengaruh yang besar pada tubuh (fizik, emosi, dan mental) manusia. Warna mempengaruhi aura tubuh sehingga jika tubuh berlebihan atau kekurangan salah satu warna, akan terjadi ketidakseimbangan tubuh yang akhirnya mempengaruhi mood dan kesihatan tubuh.
Menurut Gitta S van Engelen, pengamal terapi warna, warna memang mempunyai kekuatan untuk tubuh. Warna bukan ubat, tapi boleh membantu proses penyembuhan sebuah penyakit lewat gelombang atau vibrasinya. Dalam buku Colour Therapy, Pengaruh Dan Kekuatan Warna Dalam Kehidupan dikatakan, terapi warna adalah penyembuhan sebuah penyakit dengan mengaplikasikan warna-warna yang tepat untuk penyembuhan dalam bentuk yang lebih efektif berbanding sinaran matahari.
Contoh sederhana bahawa warna sangat mempengaruhi tubuh jika seseorang masuk ke ruangan yang berwarna hitam kelam atau coklat tua. Tubuh dan fikiran orang itu akan rsa cam serabut and rasa nk 'blah' dr tmpat tu an. Jika ada warna yang membuat tubuh dan fikiran merasa tak selesa, mesti ada kombinasi warna lain yang boleh membuat orang merasa rileks dan tenang.
Terapi Warna Menyeimbangkan Aura Tubuh
Warna mempengaruhi setiap orang, walau apa pun isinya. Oleh sebab itu terapi warna juga boleh diterapkan pada kanak-kanak dengan keperluan khusus seperti sindrom down, autis, kanak-kanak dengan kecerdasan di bawah normal, disleksia, kanak-kanak kesulitan untuk belajar dan sebagainya.
Dalam buku Colour Teraphy:
Warna merah – berhubungan dengan cakra dasar yang mempengaruhi kecergasan, kekuatan, seksualiti, dan kesedaran. Merah boleh mengatasi anemia, kekurangan tenaga, mati pucuk, tekanan darah rendah, penyakit kulit, dan jangkitan saluran kencing.


Warna Jingga – berhubungan dengan cakra limpa yang mengatur sirkulasi dan metabolisme. Warna ini juga berhubungan dengan kegembiraan dan keceriaan.


Kuning – berhubungan dengan dengan cakra solar plexus yang mempengaruhi intelektual dan mengambil keputusan. Warna kuning juga boleh mengawal konsentrasi haid.

Hijau – berhubungan dengan cakra jantung. Hijau adalah warna penyembuh kerana ia menyeimbangkan dan menstabilkan tenaga tubuh.



Biru – berhubungan dengan cakra kerongkong. Warna ini sangat menenangkan dan sangat baik untuk insomnia, melegakan bawah pinggang , asma, dan migran.
Ungu – merupakan warna cakra mahkota dan berhubungan dengan tenaga dari fungsi fikiran tertinggi . Warna ini membantu meningkatkan rasa percaya diri, mengurangi rasa tidak berdaya, serta mengubati kelainan mental dan saraf.
Hitam – sering dikaitkan untuk menekan nafsu makan. Bagi yang ingin mengurangi berat badan, pakailah lapik berwarna hitam untuk meja makan.


Terapi warna boleh dilakukan sendiri dengan berbagai cara, lakukan maksima empat kali seminggu. lakukan selama lima hingga 10 minit setiap kali terapi, bergantung yang diperlukan. Walaubagaimanapun, dinasihatkan supaya berhenti terapi menggunakan warna-warna tersebut jika korang sudah rasa tidak selesa. Ini bermakna tubuh korang dh tak perlukan lagi warna tersebut wat masa itu.
Cara terapi warna sangat banyak. Kita boleh menggunakan ruangan kecil dengan lampu berwarna. Di ruangan itu kita tidur dengan santai sambil mendengar muzik yang sesuai. Jika perlu, biarkan kulit terbuka tanpa penutup agar penyerapan warna lebih banyak.
*Jika ukuran bilik hanya 2 ke 3 meter, cukup menggunakan lampu ukuran lima hingga 15 watt. Tetapi jika ruangannya besar, gunakan besaran watt yang lebih tinggi. Namun sinarannya harus dipantulkan dulu agar tidak terlalu cepat sampai ke kulit.
Selain itu, korang juga boleh memegang benda dengan warna yang dperlukan, termasuk memakai baju dengan warna-warna yang sesuai.
Walau tidak secepat sinar, gelombang warna yang ada pada baju mampu menyerap masuk melalui kulit. Jadi kalau kita ingin merasa berani, pakailah baju warna merah. Kalo nk berucap pakailah baju warna biru, sebab biru melancarkan komunikasi. Sedangkan warna hitam boleh meningkatkan keyakinan diri.

No comments: