1. Bertakwa kepada Allah.
Dalam surah al-A’raf ayat 96, Allah s.w.t. menjelaskan keutamaan
takwa dalam konteks dimurahkan rezeki, yang bermaksud:
Dan (Tuhan berfirman lagi): “Sekiranya penduduk negeri itu,
beriman serta bertakwa,tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu
pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi
mereka mendustakan (rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan
apa yang mereka ushakan.”
.
2. Banyakkan Doa.
2. Banyakkan Doa.
Doa dan zikir merupakan ibadah yang besar nilainya di sisi Allah
s.w.t. Mengingati Allah s.w.t sama dengan zikir ataupun doa merupakan penyebab
kepada kemurahan rezeki dan keberkatannya, penjauh dari segala bala bencana dan
mudarat.
Mereka yang tidak berdoa adalah golongan yang sombong dan bongkak,
ini kerana mereka lupa bahawa rezeki itu datangnya daripada Allah s.w.t.
.
3. Banyakkan Sedekah.
3. Banyakkan Sedekah.
Orang yang banyak bersedekah adalah orang yang tahu akan kebaikan
di masa akan datang. Allah s.w.t. telah berjanji melalui firman-Nya bahawa akan
menggantikan apa saja yang didermakan di jalan-Nya.
.
4. Buat Baik kepada Ibu Bapa.
4. Buat Baik kepada Ibu Bapa.
Kebahagiaan dan juga kesenangan yang dianugerahkan oleh Allah
s.w.t. kepada seseorang itu adalah bergantung restu ibu bapa mereka.
Oleh yang demikian, berbakti kepada orang tua adalah amalan yang
wajib dilaksanakan agar kita peroleh kemurahan rezeki. ingatlah doa ibu bapa
untuk anak anak mereka adalah mudah dikabulkan oleh Allah s.w.t.
.
5. Banyakkan istighfar.
5. Banyakkan istighfar.
Minta ampunkan dosa sendiri. Perkara yang paling utama menjamin
turunnya rezeki daripada Allah s.w.t. ialah istigfar dan bertaubat kepada Allah
s.w.t.
Menurut al-Nawawi, taubat hukumnya wajib atas individu Muslim.
dengan memperbanyakkan istigfar, Allah s.w.t akan menurunkan rezeki kepada
hamba-Nya itu.
.
6. Solat Dhuha.
6. Solat Dhuha.
Solat Dhuha ialah solat pada waktu matahari naik bermula dari
matahari tinggi sepengganla dan tamat waktunya apabila gelincir matahari. ia
dikerjakan sekurang-kurangnya dua rakaat, boleh empat rakaat, enam rakaat atau
lapan rakaat.
Rasulullah s.a.w. amat menggalakkan umatnya melakukan amalan
ini.Bila melakukan solat dhuha kepada Allah s.w.t. mintalah semoga Allah s.w.t.
membuka pintu rezeki.
.
7. Baca Surah Al-Waqiah.
7. Baca Surah Al-Waqiah.
Amalan ini juga sangat elok diamalkan dengan membaca
setiap pagi agar seseorang itu tidak akan dilanda papa atatu kemiskinan
dalam kehidupannya. Ini juga merupakan antara amalan harian Rasulullah s.a.w.
.
8. Beri Makan Kepada Haiwan-Haiwan.
Setiap Muslim hendaklah meletakkan dalam fikirannya bahawa bantuan
Allah s.w.t.akan turun kepada seseorang itu apabila ia membantu makhluk Allah
s.w.t. yang lain di muka bumi ini.
Tidak kiralah sama ada makhluk itu anak Adam, mahupun
binatang-binatang ataupun tumbuhan.Sedangkan batu pun sentiasa bertasbih kepada
Allah s.w.t., inikan makhluk Allah s.w.t. yang bernyawa.
.
9. Jangan Menyeksa Binatang.
9. Jangan Menyeksa Binatang.
Menyeksa binatang adalah melanggar Sunnahtullah dan sama seperti
merosakkan ciptaan Allah s.w.t.Dalam Islam ini sudah pasti dilarang sama sekali
kerana setiap amalan buruk itu akan dibalas oleh Allah s.w.t. sama ada terus di
dunia ataupun di akhirat kelak.
.
10. Sambung Silaturahim.
10. Sambung Silaturahim.
Yang dimaksudkan sambung silaturahim menurut Mulla ‘Ali al-Qari
ialah berbuat ihsan (baik) kepada kaum kerabat yang mempunyai hubungan
kekeluargaan dan perkahwinan.
Kita dituntut melakukan kebaikan terhadap mereka dan mengambil
berat tentang hal mereka. Terdapat hadis menunjukkan kepentingan menghubung
silaturahim untuk mendapat keberkatan rezeki.
Antaranya, hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., bahawa
Nabi s.a.w.bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang ingin diperluaskan rezekinya,dipanjangkan
umurnya,maka hendaklah dia menjalinkan silaturahim.” – (HR Bukhari)
.
11. Membayar Zakat.
11. Membayar Zakat.
Zakat merupakan salah satu Rukun Islam dan wajib dikeluarkan
setiap individu Muslim yang berkemampuan. Setiap apa yang ditetapkan oleh Allah
s.w.t. itu ada ganjaran bagi mereka yang melaksanakan dengan hati yang ikhlas
semata mata kerana Allah s.w.t.
Zakat juga merupakan salah satu cara membantu golongan fakir
miskin dan sudah semestinya Allah s.w.t. akan membantu mereka yang membantu
saudara mereka.
