Tuesday, December 13, 2011

Lelaki Paling Hensem Di Dunia

Hmmmm...Hensem?? Lelaki?? Sebenarnya hensem seseorang lelaki bukan la pada rupa semata-mata. Tetapi lelaki yang hensem adalah lelaki yang solatnya tak pernah tinggal dan sentiasa menjaga solat fardhunya setiap hari. Ini bukan la auta tetapi fakta. Lelaki yang solatnya tak pernah tinggal adalah lelaki paling hensem di dunia. Buktinya cuba kita lihat lelaki yang sedang khusyuk bersolat, ketika itu hati kita akan tertawan dan terdetik kacaknya dia dalam posisi solatnya. Hati yang sedang marah akan menjadi sejuk dan hati yang serabut akan berasa tenang. Perasaan yang anda lihat ketika melihat lelaki sedang solat dan lelaki yang sedang bermain bola, perasaan mana yang paling anda rasa tenang dan jantung anda berdegup kencang? Pada hanna semestinya lelaki yang sedang solat sebab apabila hanna melihat lelaki yang sedang solat secara automatik jantung hana berdegup laju. Ini disebabkan ketika anda melihat lelaki yang sedang solat secara automatik otak dan hati anda menjadi sejuk untuk memelihara iman anda dan berusaha memilikinya demi kebaikan dunia dan akhirat. Manakala kalo anda melihat lelaki yang sedang bermain bola, perasaan yang anda miliki hanyalah untuk menaklukinya sebagai manfaat dan keseronokan duniawi sahaja. Cane? setuju dengan hanna?



    


No comments: